Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP merancang membawa masalah yang menyelubungi penggunaan novel Interlok di sekolah-sekolah ke parlimen jika menteri peljaran tidak menarik balik buku verkenaan sebagai bacaan wajib bagi kesusateraan Melayu tingkatan lima.

pakatan cij parliament pc 131108 charles santiago "Kami cuba mengadakan mesyuarat tergempar dengan (Menteri Pelajaran, Tan Sri) Muhyiddin Yassin bagi membuat rayuan sekali lagi supaya buku itu ditarik balik dari sistem sekolah,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago pada sidang akhbarnya di lobi parlimen hari ini.

“Kami akan juga desak supaya usul tergempar di Parlimen bagi membincangkan buku itu.”

Katanya lagi, DAP akan menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bermula di Sungai Petani, Kedah, dalam masa dua minggu dan berakhir di Selangor pada April nanti.

"Ini bertujuan menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa buku itu tidak baik untuk perpaduan kebangsaan,” katanya.

Sebagai bukti, Interlok memmbawa kesan sebaliknya, Santiago berkata kejadian yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam menceritakan segala-galanya.

NONE Tujuh pelajar berkonfrontasi dengan guru disiplin mereka ketika cuba memulangkan novel tersebut kepada pengetua mereka. Tiga daripada mereka dilaporkan disoal selama 10 jam oleh polis di balai Kuala Kubu Baru.

"Sekolah telah menjadi persekitaran nyang hostil yang tidak lagi sesuai untuk proses pembelajaran. Ini menjadikan proses mengajar dan belajar sukar,” kata Santiago.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS