Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tidak lama selepas mengeluarkan laporan Pemandu, yang antaranya mencadangkan pelaksanaan Projek aliran transit massa (MRT), perkhidmatan firma perunding McKinsey & Co sekali lagi digunakan - kali ini untuk menjalankan kajian untuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) mengenai nilai pengurusan projek seumpama itu.

NONE Berdasarkan kepada laporan dalam akhbar The Star hari ini yang

menyebut Mckinsey akan mengendalikan kajian Spad itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (right) mempersoalkan tentang kesaksamaan langkah tersebut.

"Adakah McKinsey akan membuat satu analisis yang adil mengenai kos faedah sistem MRT, sedangkan ia adalah sebahagian daripada projek Pemandu, yang mencadangkan pelaksanaan sistem MRT?

"Mungkin tidak ada konflik kepentingan secara langsung, tetapi apakah akan adil dan saksama laporan itu nanti," kata Pua (kanan) dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

NONE Sehubungan itu, beliau meminta semua kajian yang dijalankan sekarang, dan pada masa depan, hendaklah dibuat secara terbuka bagi memastikan semuanya dijalankan dengan jujur.

"Ini bukan isu keselamatan negara, jadi kita mesti menerbitkan semua kajian yang dibuat, dan yang belum dijalan, secara terbuka untuk menentukan sama ada ianya dibuat secara adil dan telus," katanya.

Pua turut menegur sikap tergesa-gesa kerajaan untuk melaksanakan

projek MRT.

"(Ia dilaksanakan) walaupun sebelum mendapat dan menilai maklum balas awam yang hanya berakhir bulan ini. Mereka sedang menyediakan tender untuk dikeluarkan bulan depan. Ini NONE membuktikan setakat mana mereka mengambil berat terhadap maklum balas awam.

"Ia kini agak jelas bahawa (maklum balas awam) hanya untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Walaupun maklum balas diperolehi, nampaknya tiada pernah ada niat untuk memasukkannya dalam pengurusan projek dan diambilkira dalam keputusan yang dibuat."

[Baca berita penuh]

ADS