Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau mengakui kelemahannya dalam mengetuai pentadbiran negeri Selangor sebagai menteri besar.

Begitu juga kelemahan peribadinya yang mengundang pelbagai bentuk kritikan – sebahagian besarnya daripada kumpulan yang menentang pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Malah, kelemahan Khalid dalam bertutur turut dijadikan bahan jenaka dalam siri protes yang dianjurkan penyokong BN di Selangor.

NONE Ketika mula menceburi politik ketika bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007 sebagai calon PKR, beliau tersasul menyebut “undilah BN.”

Perkara ini sering dijadikan bahan untuk dibangkitkan dalam siri ceramah BN.

Khalid mengakui bahawa pilihan raya kecil itu merupakan antara pengalamannya yang paling buruk.

“Pilihan raya kecil Ijok membuka mata saya. Ia adalah satu mimpi buruk. Saya tidak dapat bayangkan bahawa politik adalah seperti itu,” katanya lagi.

Namun, ketika ditemuramah selama lebih sejam oleh Malaysiakini minggu lalu, Khalid kelihatan yakin dan juga bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

Katanya, beliau juga mengabaikan sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan kepadanya kerana beliau kini perlu menyesuaikan diri dengan pantas.

Khalid juga berkata, beliau kini kurang sensitif berbanding ketika beliau mengetuai gergasi korporat Permodalan Nasional Berhad.

[Baca berita penuh]

ADS