Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan bahawa terdapat 59 laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah laku dan penganiayan antara 2005 hingga 2010.

NONE Daripada 59 laporan polis itu, 23 kes masih disiasat, 29 kes menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara dan tujuh lagi ditandakan sebagai tiada tindakan lanjut.

Perkara ini didedahkan oleh kementerian dalam negeri dalam jawapan bertulisnya kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Gobind Singh melahirkan kebimbangannya kerana daripada 59 laporan polis, tidak ada satupun pendakwaan yang dibuat.

azlan "Bukankah ganjil jika tiada satu pun daripada laporan berkenaan menyaksikan sebarang pendakwaan di mahkamah?” soal Gobind.

Menurut beliau kes-kes itu telah menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketatkan.

[Baca berita penuh]

ADS