Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ADUN Batu Buruk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mencabar exco kerajaan Terengganu Toh Chin Yaw bagi menunjukkan bukti bahawa pengharaman premis perjudian di negeri itu telah ditarik balik.

bersih press conference 131107 syed azman Ketika dihubungi Malaysiakini , ADUN PAS itu melahirkan kesangsian dengan dakwaan bahawa tidak terdapat pengharaman di Terengganu kerana tidak ada pengumuman awam yang dibuat.

“Menjalankan premis judi dan berjudi walaupun di pasaran gelap adalah tetap tidak sah dan dan larangan sebelum ini di Terengganu belum ditarik balik.

“Bagaimana dia (Toh) boleh berkata menjalankan premis judi di Terengganu ini sekarang sah?” soalnya.

Menurut Syed Azman pihak berkuasa juga telah menjalankan serbuan ke atas kedai runcit dan kedai menjual akhbar yang menjual tiket-tiket loteri.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily pada Rabu lalu, Toh dilaporkan berkata premis perjudian di Terengganu tidak diharamkan dan menjelaskan tiada premis seumpama itu wujud kerana tidak ada permohonan diterima bagi mengendalikan perniagaan tersebut sejak BN merampas semula negeri itu pada 2004.

GMJ gerakan mansuhkan judi masjid negara rally sport betting rally Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana ia dieksploitasikan oleh MCA dan Gerakan yangh mendakwa tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS yang mengeledah kedai menjual tiket loteri , baru-baru ini sebagai tindakan yang mengekang kebebasan bukan Islam.

Mereka mendakwa ia bukti bahawa PAS akan memperkenalkan lebih banyak dasar-dasar Islam jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Percubaan berulang kali bagi mendapatkan pengesahan sama ada larang perjudian telah ditarik balik daripada beberapa exco Terengganu, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, melalui panggilan telefon dan sms juga tidak berbalas.

ADS