Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Injil BM isu bahasa bukan agama
Diterbitkan:  Mar 12, 2011 4:34 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini mahu kementerian dalam negeri segera tidak lagi menahan kitab-kitab Injil yang dirampas sejak 2009 kerana berpendapat bahasa Melayu kini adalah milik semua rakyat tanpa mengira fahaman agama.

Justeru, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti segera mengarahkan semua 35,000 kitab Injil yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching dibenarkan dibawa masuk.

NONE “Kita harus ingat bahawa ini bukanlah hal baru. Masyarakat Kristian di Malaysia Timur telah bertahun-tahun menggunakan Alkitab bahasa Melayu selama bertahun-tahun, malah mungkin juga beberapa dekad,

“Tidak pernah menjadi masalah di masa lalu dan seharusnya tidak menjadi masalah sekarang,” tulisnya dalam blognya.

Menurut Zaid, yang juga adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab atas hal ehal undang-undang, sejak pembentukan Malaysia, masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak telah menerima bahasa Melayu sebagai bahasa mereka.

Tidak adil

“Ini membuktikan kesungguhan mereka menjadi rakan setara dalam pembentukan Malaysia, dan telah menerima bahasa kebangsaan sebagai milik mereka. Mereka menggunakan bahasa Melayu  di rumah dan anak-anak mereka juga belajar bahasa yang sama di sekolah.

“Kita mahu semua orang untuk menggunakan bahasa umum iaitu bahasa Melayu tetapi tidak bersedia membenarkannya ketika mempraktikkan agama seseorang.

church attacks sunday mass “Bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila diberitahu oleh kerajaan persekutuan bahawa mereka tidak boleh mengakses Alkitab mereka dalam bahasa yang paling mereka selesa iaitu bahasa Melayu apabila membabitkan hal-hal keagamaan,” hujah Zaid lagi.

Justeru, kata Zaid adalah tidak adil bagi kerajaan persekutuan menafikan hak kerohanian atau spritual mereka atas dasar bahasa.

Katanya, semua pihak juga tidak harus dikelirukan bahawa kitab Injil berbahasa Melayu itu dengan usaha berdakwah yang bertujuan menukar agama masyarakat Islam kerana undang-undang sudahpun melarang perkara berkenaan.

“Dan sebagaimana kita lihat dalam kes dahulu (misalnya Lina Joy), malah seseorang yang beragama Islam tidak begitu mudah meninggalkan imannya dan menukar ke agama lain,” katanya.

Modal politik

Menurut Zaid, yang pernah menyertai PKR sebelum berpaling tadah, isu ini memberikan kesan khususnya kepada masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak di mana golongan bumiputera itu menggunakan bahasa Melayu di gereja dan cara kerajaan menangani memberi peluang kepada pembangkang menjadikannya sebagai modal politik mereka.

Khamis lalu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

sibu by election 090510 sibu church CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak.

Namun menurut pengerusi CFM, Bishop Ng Moon Hing, ribuan kitab suci penganut Kristian terus ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching.

Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal.

ADS