Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Teoh Beng Hock dikatakan mempunyai “elemen bersubahat” dakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP itu.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah ketika bersetuju dengan cadangan peguam Majlis Peguam, Cheow Wee berkata ia antara sebab Teoh dibawa untuk disiasat.

NONE “Dia (Teoh) diiringi ke pejabat SPRM walaupun dia bukan seorang suspek. Mungkinkah terdapt tanda-tanda bahawa dia mungkin bersubahat?” tanya Cheow dan Hairul bersetuju.

Isu sama ada Teoh adalah saksi subahat atau saksi berkepentingan itu timbul selepas Hairul Ilham memberitahu bahawa hasil siasatan pegawai bawahannya, mendapati tiada rekod menunjukkan empat dokumen mencurigakan di hantar ke e-mel Teoh.

Hairul Ilham berkata beliau dan pegawai SPRM lain mengesyaki dokumen mencurigakan itu adalah draf dan ia dibuat oleh Teoh sendiri.

Pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan seorang lagi anggota suruhanjaya iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman kemudiannya menimbulkan persoalan adakah berikutan keadaan tersebut, Teoh berstatus suspek atau saksi subahat.

Abdul Kadir: Jadi dia (Teoh) suspek?

Hairul Ilham: Tidak.

Abdul Kadir: Ia boleh dikatakan rakan sepenjenayah.

Hairul Ilham: Ia boleh dikatakan.

Foong: Kamu nak pergi pada sasaran sahaja (sasaran pada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah).

Hairul Ilham: Tidak. SPRM juga macam mahkamah. Kami ingin mencari keadilan bukan tuju pada Ean sahaja.

Foong: Tapi ia boleh juga kata Teoh berpakat dengan bos dia. Mungkin Teoh juga bersalah. Ean sasaran tetapi dalam siasatan kamu dapati Teoh adalah kroni dia, jadi Teoh adalah partner of crime. Jadi kalau begitu bukankah kamu boleh paksa Teoh memberi keterangan terhadap Ean.

Hairul Ilham: Kita tidak boleh paksa.

Abdul Kadir: Kamu boleh dorong dia untuk salahkan Ean.

Hairul Ilham: Tidak.

NONE Teoh ( kiri ) dijumpai mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai 2009.

Beliau pada 15 Julai 2009 dibawa untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sebelum ini, pegawai kanan SPRM itu memberitahu panel bahawa setiap pegawai penguatkuasa diwajibkan menjalani latihan asas selama tiga atau enam bulan apabila menyertai suruhanjaya berkenaan.

“Kami dilatih bagi memastikan saksi berada dalam keadaan selesa supaya mereka akan bekerjasama secara sukarela,” kata Hairul.

Cheow kemudian bertanya tentang teknik soal-jawap yang dilatih dan Hairul menjawap mereka menggunakan kaedah bagi menimbulkan “emosi sedih ataupun perasaan bersalah”.

“Kami dilatih mengunakan taktik psikologi apabila menyoal siasat suspek,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS