Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TI-M: Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot

Badan pemantau anti-rasuah -  Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 paul low Beliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report -

yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.

[Baca berita penuh]

ADS