Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tony Pua mahu saman Zahid Hamidi
Diterbitkan:  Mar 18, 2011 3:16 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sedang membuat persiapan untuk memfailkan saman fitnah 'besar' terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai mendakwa ahli politik DAP itu pernah ditangkap di Singapura.

NONE Menulis dalam Twitternya, Pua menyifatkan dakwaan Zahid itu

sebagai "langsung tidak boleh dipercayai".

“Kami sedang menyediakan saman. Ia pasti akan difailkan minggu depan,” dikatakan Pua ketika dihubungi.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan yang memetik Zahid mendakwa Pua pernah ditangkap dan dibicarakan di Singapura.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau  dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," kata Zahid dalam laporan tersebut.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata demikian ketika mengulas mengenai kemarahan Pua terhadap Datuk Bung Moktar Radin apabila ahli parlimen Kinabatangan itu menggelar ahli parlimen DAP itu sebagai 'ejen Singapura'.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dilaporkan tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya pua menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Zahid juga dilaporkan berkata mungkin Bung Moktar tahu Pua belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 police charge at crowd 2 Laporan Utusan itu juga memetik Pua menafikan sekeras-kerasnya

dakwaan Zahid itu yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap  seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujar Pua dalam laporan itu.

Selain itu, dalam laporan tersebut juga, Pua menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan

persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS