Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC: Kementerian patut serius nilai pandangan panel
Diterbitkan:  Mar 18, 2011 6:25 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Setelah mendengar pandangan daripada wakil India dalam panel bebas Interlok , MIC berpendapat bahagian berkenaan keluarga masyarakat itu (Maniam) dalam karya Datuk Abdullah Hussain "menyinggung sensitiviti" mereka.

NONE Sehubungan itu, presidennya Datuk G Palanivel ( kanan ) berkata, Kementerian Pelajaran patut menangani pandangan masyarakat India secara serius kerana panel itu hanya menyampaikan perasaan masyarakatnya.

Pagi tadi, seorang anggota panel bebas itu penulis Uthaya Sankar SB berkata, kehadiran wakil India bertemu Palanivel itu bertujuan menjelaskan hasil perbicangan mereka sebelum ini.

Uthaya hadir bersama bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Bagaimanapun seorang lagi wakil India dalam panel bebas itu, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran tidak dapat turut serta.

Dalam kenyataanya petang ini, Palanivel memberitahu, panel berkenaan mahu mengadakan pertemuan eksklusif dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membentangkan bahagian sensitif itu kepadanya.

P NONE alanivel berkata, dalam pertemuan pagi tadi, panel yang ditemui bersetuju bekerjasama menyelesaikan masalah sekitar novel itu.

Beliau juga berpendapat, kontroversi itu hendaklah diselesaikan segera.

Beliau mendedahkan, dalam persemuan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, pegawai khas kepada perdana menteri Datuk Ravin Ponniah turut hadir.

Selain tiga wakil masyakat India, panel lapan orang yang diketuai oleh Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin turut dianggotai wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, ahli akademik dan isteri Abdullah sendiri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS