Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tidak lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri, DAP negeri terus melancarkan kempennya, dengan penasihatnya, menggesa supaya menafikan BN dua pertiga majoriti.

Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur meminta pengundi Sarawak supaya memanfaatkan sepenuhnya peti undi - untuk “memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM”.

Lim berkata, dalam tempoh beberapa jam, Taib telah menunjukkan bahawa cakap-cakapnya untuk mengundurkan diri sebagai KM begitu kabur dan hanya beliau sahaja yang menjadi penentu "kepada apa yang dimaksud".

Malah, tegas Lim lagi, Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa.

Katanya, Taib sebenarnya meminta "sekeping cek kosong"  untuk terus menjadi KM sehingga beliau dapat mencari penggantinya dan 'membentuk satu pasukan baru' untuk mentadbir Sarawak.

Dua tugas itu,  kata Lim, boleh memberi Taib keseluruhan penggal kerajaan akan datang selepas gagal selama 30 tahun yang lalu untuk menyediakan penggantinya," kata Lim adlam satu kenyataan pagi ini.

Taib telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Taib bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti.

Taib yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006.

[Baca berita penuh]

ADS