Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

NONE Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR

di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk  Johari Abdul (kanan) yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.

Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.

NONE Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim (kiri) kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.

Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.

Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.

Ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau kemudianya menghubungi bapa saudaranya untuk mengatur bagi lima lagi ahli parlimen PKR melihat menyaksi video itu semalam, seperti yang dikehendaki oleh Abdul Rahim, selepas beliau menonton video itu pada hari Isnin.

Dalam sidang akhbar bersama ahli parlimen Pakata kemudiannya, Johari mengenalpasti lime ahli parlimen berkenaan sebagai  Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Bagaimanapun , katanya, walaupun selepas menunggu selama dua jam dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang di hotel Flamingo di Ampang , tempat beliau menyaksi video itu, tetapi Abdul Rahim dan Shazryl tidak hadir.

Kenyataa akhbar

[Baca berita penuh]

ADS