Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Telefon bimbit Teoh disimpan kerana kecoh
Diterbitkan:  Mar 23, 2011 6:36 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa beliau terpaksa menyimpan telefon bimbit milik mendiang dan tidak menyerahkannya kepada pihak polis berikutan berlaku kekecohan di bangunan Plaza Masalam pada ketika itu.

NONE Mohd Anuar Ismail berkata beliau gagal menyerahkan telefon bimbit itu kepada pihak polis dengan segera kerana bimbang keselamatannya terancam.

"Saya takut untuk turun ke bawah kerana ramai orang awam dan wartawan yang memenuhi ruang legar lobi dan di luar bangunan berkenaan.

"Ada di antara mereka membawa sepanduk yang tertera ''SPRM Pembunuh Rakyat Malysia'' sehingga jeritan dan laungan mereka boleh didengari di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu," katanya.

Ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T Selventhiranathan mengapa perlu takut keselamatan terancam sedangkan ramai anggota polis mengawal keadaan ketika itu, Mohd Anuar berkata:"Saya berasa tidak selamat kerana ketika itu "demonstration was beyond control".

Mohd Anuar, yang juga saksi ke-23 suruhanjaya itu berkata beliau telah diarahkan oleh Timbalan Pengarah SPRM, Hishamuddin Hashim supaya telefon bimbit itu diserahkan kepada pihak polis dengan segera selepas memaklumkan kepada Hishamuddin telefon itu berada di atas meja di dalam biliknya.

teo beng hock plaza masalam macc 170709 vigil 03 Beliau menjelaskan selepas gagal menyerahkan telefon itu kepada pihak polis, beliau telah meminta seorang pegawai SPRM bernama Mohan untuk menghubungi pegawai penyiasat polis bagi memaklumkan perkara itu, namun gagal.

Ketika disoal peguam S Sivaneindiren dari Majlis Peguam mengapa beliau meminta Mohan menghubungi pegawai penyiasat itu, Mohd Anuar berkata: "Mohan mendakwa beliau mempunyai nombor pegawai itu".

Beliau turut menafikan menyimpan telefon bimbit itu kerana ingin memeriksa dan melihat sama ada Teoh menghantar SMS atau bukti kepada orang lain.

"Telefon bimbit itu dijumpai bersama beg sandang di atas sofa selepas rakaman percakapan Teoh dan selepas saya gagal menjumpai Teoh, kedua-dua barang itu saya simpan di dalam bilik saya," katanya.

NONE Mohd Anuar juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam bahawa beliau tidak membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku di bangunan Plaza Masalam kerana bimbang kewujudan telefon bimbit itu akan diketahui.

Selain itu, beliau juga tidak bersetuju dengan dakwaan Sivaneindiren yang menyatakan Mohd Anuar singgah di rumahnya dalam perjalanan ke Putrajaya adalah untuk menenangkan diri selepas mengetahui kematian Teoh.

"Saya singgah di rumah di Puchong untuk memaklumkan mengenai perkara yang terjadi kepada isteri," katanya.

Mohd Anuar menjelaskan kepada suruhanjaya itu bahawa tindakannya menutup telefon bimbit selepas berjumpa dengan isterinya adalah kerana tidak mahu diganggu dengan panggilan daripada orang lain.

azlan Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Pakar Perunding Psikiatri Forensik Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Sementara itu,  suruhanjaya tersebut diberitahu terdapat penambahan maklumat  mengenai soal siasat bekas setiausaha politik exco Selangor itu dalam dairi siasatan pegawai penyiasat SPRM cawangan Selangor.

    

Mohad Anuar berkata penambahan maklumat dalam dairi siasatan miliknya itu adalah untuk menyatakan perkara-perkara yang jelas dan tidak bertujuan mewujudkan percanggahan maklumat.

    

"Saya hanya menambahkan perkara yang dirasakan penting dalam dairi tersebut seperti masa, tempat, keadaan semasa bagi tujuan siasatan yang boleh dirujuk oleh pegawai-pegawai saya," katanya.

    

Ketika disoal peguam S Sivaneindiren dari Majlis Peguam adakah penambahan maklumat itu dibuat selepas inkues iaitu sebelum beliau ditukarkan ke Unit Transformasi, Mohd Anuar berkata penambahan maklumat itu  dibuat selepas inkues.

    

Mohd Anuar, yang ditugaskan di Unit Transformasi, Putrajaya sejak awal 2010, menjelaskan tambahan beberapa perkara penting itu tidak  terlalu banyak dan bukan untuk mengelirukan.

    

Ketika ditanya oleh Foong sama ada Mohd Anuar mempunyai daya ingatan yang baik, Mohd Anuar berkata:"Kadang kala sahaja...tetapi ada juga melibatkan perbincangan bersama pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes ini".

    

Mohd Anuar berkata sekiranya ada perkara yang beliau  terlupa, penambahan maklumat akan dibuat selepas diari selesai iaitu satu atau dua bulan selepas kematian Teoh.

    

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T S Nathan berkata sepatutnya perkara penting itu bukan hanya berasaskan kepada daya ingatan tetapi melibatkan perbincangan bersama-sama pegawai lain.

    

Ketika ditanya, Mohd Anuar juga tidak dapat memastikan  sama ada dairi siasatan Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah turut membuat penambahan maklumat.

    

Sementara itu, ketika disoal peguam Edmund Bon dari  Majlis Peguam sama ada Mohd Anuar mengetahui kertas siasatan yang diberi tidak mempunyai  dairi siasatan pegawai-pegawai SPRM termasuk dirinya, Mohd Anuar berkata beliau tidak dapat menjelaskannya kerana siasatan telah diambil alih oleh orang lain.

Saksi ke-23 itu juga bersetuju Teoh adalah saksi SPRM yang paling penting dalam soal siasat penyalahgunaan tuntutan Anggota Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang juga exco Selangor.

    

Mohd Anuar menjelaskan beliau tidak mengetahui bagaimana satu daripada empat dokumen yang berkaitan dengan tuntutan Ean Yong tidak

berada dalam empat dokumen yang ditunjukkan oleh peguam Edmund.

    

"Peguam Edmund menunjukkan empat dokumen yang mana  dua adalah milik syarikat WSK Services, satu Hong Chye Enterperise dan satu dokumen berkaitan rombongan lawatan penduduk.

    

"Saya tidak tahu mengapa dokumen rombongan lawatan penduduk boleh termasuk dalam empat dokumen ini sedangkan ia berkaitan dengan siasatan

ADUN Kampung Tunku. Sepatutnya dokumen mengenai syarikat MeritLink yang  berada dalam empat dokumen tersebut," katanya.

    

Teoh, 30, setiausaha politik Ean Yong, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas

memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. 

 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS