Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat tentera Libya ditembak jatuh
Diterbitkan:  Mar 25, 2011 10:33 AM
Dikemaskini: 2:39 AM

Sebuah pesawat tentera Libya ditembak jatuh di pangkalan udara Misrata di barat Libya semalam

NONE Menurut pasukan bersenjata Perancis, pesawat Libya itu ditembak oleh sebuah jet pejuang Perancis menggunakan peluru berpandu.

“Pesawat Perancis itu melakukan serangan senjata udara-ke-darat (AASM) setelah pesawat tersebut mendarat di pangkalan udara Misrata,” kata jurucakap dalam satu kenyataannya di Paris.

350 pesawat untuk serang Libya

Di Washington, Naib Laksamana Angkatan Tentera Amerika, William Gortney berkata lebih 350 pesawat kini digunakan dalam operasi serangan udara bersama tentera Bersekutu ke atas Libya.

NONE Katanya, separuh daripada pesawat itu membabitkan angkatan tentera negaranya.

“Kekuatan tentera Bersekutu semakin meningkat dari segi saiz dan kemampuan," kata Gortney.

Sehubungan itu, beliau juga meminta tentera Libya supaya tidak tunduk dengan arahan Presiden Muammar Gaddafi selepas masuk hari keenam serangan udara dilancarkan ke atas Tripoli dan bandar lain.

“Mesej kami adalah mudah, letakkan senjata, berhenti daripada berbunuh sesama sendiri dan jangan patuhi lagi arahan Kolonel Gaddafi," katanya  kepada pemberita selepas mengadakan taklimat di Pentagon.

NONE Di Brussels, setiausaha agung NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata, tentera Bersekutu sudah mempersetujui untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya sebagai sebahagian usaha "melindungi orang awam".

Selepas diheret ke meja perundingan yang berlanjutan beberapa hari, anggota NATO terutama Turki menolak tindakan seranagn udara terhadap rejim Muammar Gaddafi namun 28 anggota badan itu akhirnya bersetuju untuk bertindaka bersama menguatkuasakan zon larangan terbang itu.

“Kami kini sudah mencapai keputusan untuk menguatkuasakan zon larang terbang di Libya.

“Kami mengambil keputusan ini sebagai sebahagian langkah badan antarabangsa untuk melindungi keselamatan orang awam," kata Rasmussen.

- Agensi

ADS