Taib giat penafian di alam siber

   

Ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperhebatkan lagi penafian berhubung dakwaan-dakwaan rasuah yang dilemparkan ke atasnya di alam siber. Kali ini penafian berkenaan dimuat-naikkan di laman web rasminya.

Tiga video berkenaan yang sepanjang lima minit setiap satu melalui YouTube dengan nama Chiefministertaib disiarkan di www.chiefministertaib.sarawak.gov.my pada Rabu lalu.

NONE Wajah penemuramah yang bertutur dalam slanga British itu ditunjukkan dalam video berkenaan.

Dalam video bertajuk ‘Ketelusan kewangan’ itu, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai gaya hidup yang mewah seperti didakwa.

Malah, ada rakyat Sarawak yang tinggal di rumah yang lebih baik daripada dirinya, kata Taib lagi.

“Apa awak maksud mewah? Sesiapa yang pergi Sarawak akan melihat bahawa tidak ada atap atau bumbung bocor dan rumah-rumah dibina di merata tempat.

“Rumah yang berkualiti dibina merata tempat. Saya (tinggal) di satu daripadanya (tetapi) ada lagi rumah yang lebih baik daripada rumah saya. Ada perangkaan, sila semaknya,” kata Taib.

Menurut ketua menteri itu, jika benar beliau mengamalkan rasuah seperti yang didakwa, rakyat sekelilingnya akan mempunyai sikap berlainan terhadapnya.

“Ini bukan sikap atau sambutan yang diberikan kepada seseorang yang sepatutnya mengamalkan rasuah, amat tamak, tidak!”

“Jika kita lakukan perkara tidak baik, saya tidak akan bertahan untuk tempoh masa yang lama. Awak tak boleh sembunyikan jenayah... sembunyi salah guna kuasa untuk hampir 50 tahun. Ia melukakan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda