Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Loji radioaktif jejas industri kecil, pelancongan'
Diterbitkan:  Apr 2, 2011 10:00 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menasihatkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya mendapatkan kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng sebelum membuat sebarang kenyataan.

NONE Katanya, penerangan yang diterima oleh Adnan berhubung perkara itu adalah taklimat yang tidak menyeluruh kerana industri pemprosesan nadir bumi merupakan industri yang membabitkan pelbagai bidang kepakaran.

"Menteri Besar seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan," kata Fuziah menerusi surat terbukanya kepada Adnan hari ini.

Tiada kesan buruk?

Kelmarin, Adnan berkata pusat pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia bernilai RM700 juta milik firma Australia, Lynas itu dijamin selamat dan tidak akan memberi kesan buruk.

Menteri Besar Pahang itu dilaporkan berkata kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

NONE Bagaimanapun Fuziah mempersoalkan piawaian dan pengurusan loji itu kerana tiada negara di dunia melainkan China yang telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan nadir bumi  dibina di negara mereka sejak 3 dekad kebelakangan ini. Ia berikutan kekurangan tenaga pakar dan isu keselamatan pemprosesan nadir bumi yang sisanya mempunyai kesan radioaktif.

Malah, katanya kerajaan negeri Terengganu pimpinan BN pada 2007 telahpun menolak pembinaan loji tersebut kerana pelbagai masalah.

"...berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan  mengandungi bahan Thorium - bagaimanakah ia akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan digunapakai oleh Lynas?

Impak radiasi

“Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?" soal Fuziah lagi dalam suratnya itu.

NONE Fuziah yang juga Naib Presiden PKR juga bimbang kesan pembinaan loji dan impak radiasi terhadap alam sekitar.

Malah reputasi loji ini dibimbangi Fuziah akan memberi impak pada industri kecil dan pelancongan yang menjadi kebanggaan negeri pantai timur itu.

"Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?" soal beliau.

ADS