Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penulis lirik Seri Bayu meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 3, 2011 10:10 AM
Dikemaskini: 2:35 AM

Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, meninggal dunia pada 8.15 malam tadi di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun.

Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Beliau dimasukkan ke hospital di Port Dickson kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di Port Dickson. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama .

Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk di Port Dickson, selepas waktu Zuhur.

Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama.

Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain.

ADS