Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu Numpang - yang mempertahankan kerusi Layar untuk penggal kelapan berturut-turut - memberi amaran keras kepada tukang kempen dari Semenanjung, supaya jangan buat kacau.

alfred jabu miring ceremony betong 060411 ritual Bercakap sewaktu upacara tradisional miring bagi kaum Ibah di Betong, 60km di utara Sri Aman, Jabu berkata, ia adalah “nasihat ikhlas” kerana penduduk tempatan tersinggung dengan kerenah tukang kempen terbabit.

"Jika anda buat kacau di sini, lebih baik anda pulang sebelum anda menyinggung penduduk di Betong. Jika anda mahu buat kacau, fikirlah dua kali.

"Jika anda menyinggung perasaan penduduk Betong... adalah tradisi kami untuk mempertahankan keamanan kami. Sila beradab, jangan ganggu keharmonian di sini,"  katanya kepada 200 penyokong BN di kompleks sukan yang baru dibina.

Beliau mengingatkan bahawa jika mereka tidak menjaga tingkah lalu, dan menyinggung perasaan penduduk, beliau tidak boleh mengawal tindakan penduduk terbabit.

alfred jabu miring ceremony betong 060411 opening ceremony Jabu dengan jelas merujuk kepada sukarelawan dan pekerja parti

pembangkang yang datang ke Sarawak untuk membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

Betong adalah kawasan parlimen yang mempunyai tiga kerusi DUN - Layar, Bukit Saban dan Saribas.

Miring merupakan satu upacara tradisional dalam masyarakat Iban untuk menghormati dewa-dewa, roh-roh dan nenek moyang dan untuk mendapatkan restu.

Menurut Jabu - yang bercakap dalam bahasa Inggeris untuk memperkenalkan istiadat tersebut sebelum ia bermula - para peserta memohon kepada nenek moyang memberi mereka kekuatan dan kemenangan dalam pilihan raya.

Katanya, mereka juga berdoa memohon keharmonian dan kestabilan yang berpanjangan dan supaya kerajaan pusat dan negeri terus membawa kemakmuran kepada rakyat.

alfred jabu miring ceremony betong 060411 electoral roll Calon BN untuk Bukit Saban, Robert Lawson Chuat Vincent turut menghadiri upacara tersebut.

Upacara itu diketuai tuai biau atau lemambang biau yang memegang seekor ayam jantan sambil membaca doa dalam bahasa Iban.

Semua tuai rumah (ketua rumah panjang) dan penghulu duduk di sekeliling barang-barang persembahan, sepanjang upacara itu berlangsung.

Persembahan tersebut termasuklah pulut dalam buluh, buah-buahan, wain, emping penganan (gula-gula), daun sirih dan telur.

Beberapa dokumen yang tertera logo BN dan dokumen lain, dipercayai senarai pengundi, diletakkan disebelah barang-barang persembahan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS