• http://media1.malaysiakini.com/349/01971a5339c899061ed7b7d58400bc03.jpg
  • Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat
  • Hafiz Yatim
  • 1302167602
  • Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

    NONESalah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

    Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

    Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

    NONESumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

    SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

    [Baca berita penuh]

    • SPRM tahan kerja dua pegawai tinggal Sarbani
    • PM: Kes Ahmad Sarbani berbeza dengan Teoh
    • Ibu pengsan bila lihat jenazah Ahmad Sarbani
    • SPRM ucap takziah
    • DAP tuntut penubuhan suruhanjaya