Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAP minta rakyat S'wak buat perubahan total
Diterbitkan:  Apr 8, 2011 1:06 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Rakyat Sarawak digesa menggunakan hak serta tanggungjawab mereka untuk mengundi dalam pilihanraya negeri itu 16 April depan, dengan penuh bijaksana.

zaid ibrahim pc 091110 mustaffa kamil ayub "Kebijaksanaan para pengundi di Sarawak bakal memastikan negeri yang kaya ini akan mencapai kemakmuran serta kesejahteraan yang menyeluruh," kata presiden Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), Mustaffa Kamil Ayub.

Katanya,rakyat Sarawak wajib memastikan tanahair mereka ditadbirkan oleh pemimpin yang berintegriti tinggi serta meletakkan hak rakyat di tempat yang sepatutnya.

"Setelah hampir 50 tahun merdeka, pelbagai persoalan dan permasalahan yang berkaitan kehidupan harian rakyat Sarawak belum dirungkaikan serta ditangani malah semakin membarah.

"Daripada permasalahan pengganguran, pendidikan, tanah adat, ekonomi hinggalah soal kemiskinan, masih membelenggu dan terus membelenggu," kata Mustaffa dalam satu kenyataan hari ini.

NONE Menurutnya, Sarawak yang kaya dengan hasil mahsul terpaksa berhadapan dengan kadar kemiskinan rakyatnya, sehinggakan seolah-olah tiada jalan keluar atau harapan baru untuk penduduk Sarawak.

"Kini mereka seolah-olah melukut di tepian gantang dan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Para pemimpin pula ibarat kera di hutan disusui anak ditinggal kelaparan.

"Justeru, MAP amat berharap rakyat Sarawak mengambil peluang pada kali ini untuk melakukan perubahan agar para pemimpin yang bakal memimpin Sarawak dapat memikul amanah dengan sebaiknya.

"Seterusnya membawa kesejahteraan kepada setiap rakyat yang bernafas di bumi kenyalang ini," katanya.

NONE Oleh itu, katanya MAP dengan tegasnya memohon pengundi menolak calon yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan.

"MAP sekaligus menyeru seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan total dalam PRN 10 ini demi masa depan generasi akan datang," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS