Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jemaah menteri yang bermesyuarat hari ini gagal membuat sebarang keputusan sama ada sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

NONE Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kejadian Rabu lalu itu tetapi katanya polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

"Proses menentukan kes kematian mengejutkan ini lazimnya membabitkan penubuhan sebuah inkues sebelum Suruhanjaya Diraja boleh ditubuhkan,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah harin ini berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56,  ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala.

NONE Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa di mahkamah.

Allahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.

[Baca berita penuh]

ADS