Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan Rakyat hanya jual janji, kata PM
Diterbitkan:  Apr 9, 2011 3:00 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata, parti Pakatan Rakyat menerusi manifestonya iaitu “Jom Ubah Sarawak” pada pilihan raya negeri Sarawak dilihat lebih bersifat sekadar menjual janji.

NONE Perdana Menteri berkata, sebaliknya usaha-usaha pembangunan prasarana yang sedang dilaksanakan kerajaan BN di Sarawak ketika ini bukanlah disebabkan berlangsungnya pilihan raya itu tetapi telah dilaksanakan sejak tahun lalu lagi.

"Pembangkang, dia buat janji, bukan jaminan, tapi Barisan Nasional manifesto kita ini merupakan usaha yang sedang berjalan, buktinya NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita dilaksanakan dan kita beri keutamaan dari segi pembangunan prasarana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat Taman Industri Automatif di Pekan, hari ini.

NONE Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas manifesto parti pembangkang pada pilihan raya negeri itu iaitu ”Jom Ubah Sarawak” yang diuar-uarkan pakatan pembangkang untuk membawa perubahan di Sarawak.

Perdana Menteri berkata, usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan BN bukanlah kerana berlangsungnya pilihan raya negeri berkenaan tetapi sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lalu lagi.

NONE "Begitu banyak projek prasarana yang (kerajaan BN) buat di Sarawak, malah dalam dua tahun ini sehingga 2012, sasaran kita kecapaian mungkin terbesar dalam sejarah Malaysia dari segi pembangunan prasarana air, api dan jalan dan membantu baik pulih rumah-rumah buruk dan sebagainya," kata Najib.

"Ini bukan kerana pilihan raya tapi (perogram pembangunan) berjalan sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lepas, pembangkang dia cuma buat janji, jual janji," kata Najib.

- Bernama

ADS