Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu kitab Injil: CCM tolak syor Putrajaya
Diterbitkan:  Apr 9, 2011 8:57 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

Pemuda Majlis Gereja Malaysia (CCM) menolak 'formula 10 perkara' yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala untuk menyelesaikan kemelut kitab Injil bahasa Melayu.

Dalam satu kenyataan, badan itu menegaskan formula berkenaan, cuma  penyelesaian 'tergesa-gesa' dan tidak menyelesaikan diskriminasi kerajaan persekutuan terhadap penganut Kristian negara ini.

NONE Formula itu juga didakwa tidak tepat kerana hanya menyentuh isu kitab yang menjadi kontroversi tetapi langsung tidak menyentuh isu pokok yakni penindasan golongan Kristian di negara ini.

Antara contoh penindasan yang diberikan dalam kenyataan itu adalah kegagalan kerajaan mengiktiraf penubuhan "kelab Kristian" di sekolah dan universiti serta kekangan kuasa pentadbiran sekolah mubaligh.

"Pemuda CCM kecewa dan sedih masyarakat Kristian hari ini secara terbuka dikutuk, diaibkan dan diprovokasi menerusi media arus perdana.  Kerajaan juga dilihat  menggalakkan pelbagai maklumat salah diletakkan di laman web rasmi kerajaan,” petik kenyataan itu.

azlan Sebagai contoh, badan itu merujuk kepada kegairahan mengaitkan agama Krisitian dengan  perayaan Valentine dan tarian poco-poco.

Isu Alkitab menjadi kontroversi apabila Kementerian Dalam Negeri melarang pengedaran lebih 30 ribu naskah Injil bahasa Melayu di pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. Sejumlah 5,000 naskah lagi pula ditahan di Pelabuhan Kelang.

Dua set undang-undang

Bagaimana menjelang pilihanraya negeri Sarawak, kerajaan  bersetuju untuk membenarkan pengedaran dan penerbitan kitab Injil di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung tanpa sebarang kekangan berbanding sebelum.

Lebih 40 peratus penduduk Sarawak beragama Kristian.   

azlan Bagaimanapun kitab Injil di Semenanjung disyaratkan mempunyai cop tertera ‘Untuk Penerbitan Kristian Sahaja’ dengan lambang salib dicetak pada muka depannya manakala Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada syarat itu.

Pemuda CCM dalam kenyataannya juga menolak dua set undang-undang yang berbeza berhubung penggunaan kitab Injil itu.

"Pemuda CCM berpendapat adalah merepek menghalang penganut Kristian Malaysia hak menggunakan bahasa kebangsaan bagi tujuan beribadat. Apatah lagi, rakyat bukan Melayu selalu dikritik kerana kononnya kurang setia bila tidak bercakap dalam bahasa Malaysia tetapi dalam kes ini, mereka dihalang  membaca kitab dalam Bahasa Kebangsaan," kata badan itu.

[Baca berita penuh]

ADS