Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syor pecat 12 ahli PKR tanding bebas, bantu lawan
Diterbitkan:  Apr 10, 2011 3:38 PM
Dikemaskini: Apr 11, 2011 1:44 AM

Jawatankuasa disiplin PKR telah mengesyorkan supaya 12 ahli partinya dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas atau membantu parti lawan dalam pilihan raya negeri Sarawak.

NONE Dalam satu kenyataan, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan Kee

Kwong (kanan) menyenaraikan nama sembilan ahli PKR yang perlu kerana menjadi calon Bebas dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

Ini termasuk Soo Lina dari cabang Stampin, yang bertanding di Batu Lintang; Cobbold Lusai (Sri Aman) bertanding di Balai Ringin dan Kiprawi Suhaili (Tanjong Manis), yang bertanding di Belawai.

Turut disenaraikan ialah George Langgong dari Hulu Rajang (bertanding di Pelagus), Michael Jok dari Hulu Rajang (bertanding di Belaga), Kenneth Adan Silek dari Hulu Rajang (Belaga), Liam Rengga dari Bintulu (Kemena), Michael Ding Tuah of Miri (Marudi) dan Jok Ding dari Baram (Telang Ussan).

Tiga lagi ahli PKR disyorkan dipecat kerana membantu parti lawan. Mereka ialah Paul Kadang Dinggat dari Saratok, Jonson Chong dari Kelana Jaya and Hasrul Muhaimin Hasbi dari Alor Setar.

Tan kata keputusan jawatankuasa itu adalah selaras dengan Fasal 18 perlembagaan parti, bagi mempertahankan kepentingan dan imej parti itu.

“Tindakan itu bertanding sebagai seorang calon atau membantu parti lawan adalah satu tindakan khianat kepada perjuangan Keadilan and Pakatan Rakyat.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS