Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SU agung MCA: Pakatan tak akan perintah S'wak
Diterbitkan:  Apr 10, 2011 3:46 PM
Dikemaskini: Apr 11, 2011 1:47 AM

Pakatan pembangkang tidak akan dapat memperoleh cukup kerusi Dewan Undangan Negeri untuk menubuhkan kerajaan negeri selepas

pilihan raya Sarawak 16 April ini, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

    

mca egm 130311 kong chor ha Beliau berkata dakwaan pembangkang yang mereka mendapat cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan hanyalah bertujuan memainkan perasaan rakyat.

"Mereka hanya memainkan sentimen sahaja, nak putar belit dan cakap yang bukan-bukan. Saya tidak percaya bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan di negeri Sarawak," katanya dalam sidang akhbar di Miri hari ini.

    

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini bahawa pembangkang akan memperoleh cukup sokongan daripada masyarakat Cina Sarawak untuk memerintah negeri ini.

    

Kong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata masyarakat Cina tidak perlu mempercayai dakwaan itu, sebaliknya perlu menyedari pentingnya mereka sentiasa bersama-sama dalam BN demi masa depan mereka.

- Bernama

ADS