Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin Pakatan Rakyat mempersendakan kenyataan perdana menteri bahawa Ketua Menteri Sarawak yang sudah lama berkhidmat, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur.

NONE Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi, ketika kenyataan itu dibuat.

“Adakah ini satu lagi gimik murahan oleh Najib untuk menutup mata rakyat? Jika benar Taib akan meletakkan  jawatan, persoalannya ialah bila? 2015? 2020?” soal Anwar dalam satu sidang akhbar di Kuching hari ini.

Katanya, satu lagi soalan yang mesti dijawab ialah siapakah pengganti Taib.

Ditanya mengenai tarikh yang sesuai bagi Taib berundur, Anwar dijawab: “Lima tahun lepas. Beliau tidak sepatutnya bertanding (dalam pilihan raya ini)."

Semalam, Najib cuba menenangkan rasa tidak puashati terhadap Taib – yang menjadi fokus utama kempen Pakatan Rakyat – dengan berjanji bahawa Taib akan berundur, tetapi tidak menyatakan tarikh sebenarnya.

NONE Dalam satu perkembangan berkaitan, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan satu keratan akhbar bertarikh 7 November 1995 yang memetik Taib sebagai berkata beliau akan meletakkan jawatan dalam masa “lima tahun”.

Saifuddin berkata, apabila sampai tarikh tersebut pada 2000, perdana menteri paling kuat dalam sejarah negarai - Tun Dr Mahathir Mohamad sekali pun - tidak mampu membuat Taib mengotai janjinya itu.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS