Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) kini dilanda kekeliruan dan timbul pelbagai muslihat apabila terdapat cakap-cakap bahawa kesatuan itu akan menyingkirkan presiden mereka, Hata Wahari.

Menurut sumber dalaman, terdapat rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin lain kesatuan itu, khususnya di kalangan media Cina yang kurang selesa dengan ‘gelagat’ Hata sejak menerajui NUJ tahun lalu.

NONE Ini dikatakan ada kaitan dengan pembabitan Hata dengan dua projek di luar skop tugasannya sebagai pekerja Utusan Malaysia - iaitu Utusan Rakyat, yang dipelopri oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dan juga projek peribadinya, Harian Malaysia.

Hata sendiri mengumum rancangannya untuk mengendalikan Harian Malaysia setebal 24 halaman sementara menunggu kelulusan kementerian dalam negeri. Beliau bagaimanapun menafikan terlibat dengan Utusan Rakyat, meskipun Nurul Izzah mendakwa Hata telah bersetuju menjadi ketua pengarangnya.

Adalah dipercayai berikuatn perkembangan itu, beberapa ahli NUJ bercadang memanggil mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan perkara itu dan mengenakan undi tidak percaya ke atas Hata.

Setiausaha agung NUJ, V Anbalagan mengakui cadangan Hata untuk mengendalikan dua penerbitan akhbar berkenaan pernah ditimbulkan oleh ahli jawatankuasa eksekutif kesatuan itu pada mesyuarat mereka 29 Mac lalu.

NONE “Tujuh daripada lapan ahli jawatankuasa hadir, termasuk Hata. Mesyuarat agak terbuka, mereka menyoalnya dan Hata menjelaskan beliau tiada rancangan memulakan mana-mana (penerbitan itu). Kami anggap isu itu mati begitu sahaja,” kata Anbalagan ketika ditemui hari ini.

Anbalagan berkata isu tersebut ditimbulkan lagi oleh beberapa ahli kesatuan peringkat cawangan pada mesyuarat exco Rabu lalu di mana Hata sekali lagi menjelaskan perkara yang sama.

Justeru, katanya ura-ura bahawa undi tidak percaya akan dibuat ke atas presiden NUJ itu tidak benar dan ia juga tidak diperuntukkan dalam perlembagaan kesatuan wartawan itu.

[Baca berita penuh]

ADS