Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir enggan ulas niaga janji Malaysian Sugar
Diterbitkan:  Apr 12, 2011 3:17 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak hari ini enggan mengulas mengenai laporan yang bank itu akan menguruskan penyenaraian syarikat cabang pembersihan gula Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM).

nazir razak "Saya tidak mahu ulas apa-apa mengenainya. Biarlah syarikat umumkan apa yang perlu, siapa yang terlibat dan lain-lain," kata beliau kepada pemberita di luar acara Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Laporan berita itu menyebut yang CIMB dan Maybank akan menguruskan tawaran awam permulaan (IPO) MSM yang bernilai US$200 juta-US$300 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan yang MSM akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada bulan Julai.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah mengambilalih MSM dan perniagaan yang berkaitannya daripada PPB Group Bhd dengan nilai RM1.25 bilion tahun lalu.

Felda Group ialah pengeluar gula dominan Malaysia, menguasai 70 peratus daripada pasaran domestik.

Kedua-dua Felda Holdings, syarikat kepada Felda, dan Felda Global mempunyai ekuiti 50-50 dalam Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sementara Felda Global menguasai 100 peratus MSM.

- Bernama

ADS