Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Pilihan raya Sarawak antara terbaik setakat ini
Diterbitkan:  Apr 13, 2011 4:18 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan kempen bagi pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sebagai antara yang terbaik setakat ini.

NONE Beliau berkata jika keamanan dan ketenangan ini berkekalan sehingga 15 April, iaitu sehari sebelum pengundian, maka pilihan raya negeri kali ke-10 dikatakan sebagai terbaik sejak kali pertama pada 1969.

"Daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam tak ada apa-apa kejadian serius berlaku. Seperti yang saya cakap dulu, orang Sarawak suka ketenangan dan keharmonian secara keseluruhannya memang tenang. CP (Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh) pun bagi tahu saya tadi tak ada perkara-perkara serius berlaku.

"Saya harap keadaan ini berkekalan sehingga ke tengah malam 15 hari bulan (April). Kalau dapat dikekalkan begitu, ini merupakan kempen negeri antara terbaik," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching hari ini.

Terdahulu, Abdul Aziz ditemani Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Mohmad sempat melawat Kelab Polis di sini, yang dijadikan pusat mengundi bagi 6,591 anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos.

 - Bernama

ADS