Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang lagi aktivis awam - presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim - dilarang masuk ke Sarawak "atas arahan orang atasan".

Malaysiakini mendapat tahu mengenainya daripada tweet Fahmi Fadzil, setiausaha politik kepada ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

NONE Ketika dihubungi, Haris (kiri) mengesahkan beliau kini terkandas di

lapangan terbang Kuching selepas tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

"Saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, mereka beritahu yang saya telah disenaraihitamkan atas arahan pihak atasan, walaupun mereka sendiri tidak sedar kenapa saya dilarang masuk," katanya.

Haris, yang datang sendirian, berkata beliau berkeras meminta perintah bertulis hitam-putih mengenai perkara itu.

"Saya tidak berhasrat balik tanpa satu pengesahan rasmi," katanya.

Peguam yang menjadi aktivis itu menegaskan adalah tidak masuk akal untuk Sarawak melarang orang datang ke negeri itu hanya kerana pilihan raya akan diadakan, tanpa satu alasan yang sah.

Ekoran permintaannya itu, beliau diberikan satu notis melarangnya masuk ke negeri itu, tetapi tiada alasan diberikan.

[Baca berita penuh]

ADS