Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Plot halang Najib, bantu Ku Li jadi PM, dakwa RPK
Diterbitkan:  Apr 14, 2011 5:33 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Selepas temubualnya dengan TV3 disiarkan malam tadi di mana beliau menafi menuduh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya, hari ini Raja Petra Kamaruddin mengaitkan pula nama seorang lagi pemimpin Umno dalam plot menghalang Najib menjadi perdana menteri.

NONE Dalam tulisan terbaru di blognya hari ini, penulis kontroversi dan pengendali lamanweb Malaysia Today itu membuat satu lagi kejutan apabila mengaitkan nama bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam, Raja Petra (kiri) dilaporkan menuduh orang yang rapat

dengan pemimpin tinggi pembangkang - termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - sebagai pihak di sebalik tuduhan yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Dan dorongan untuk melempar tuduhan tersebut - yang juga mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor - adalah untuk menghalang Najib - timbalan perdana menteri ketika itu - daripada menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

NONE "Matlamatnya keseluruhannya ialah untuk menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh disekat dari mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri seterusnya."

Raja Petra mendakwa dalam blognya hari ini mengenai satu pertemuan yang menurutnya diadakan di pejabat Tengku Razaleigh untuk membincangkan plot untuk menghalang laluan Najib daripada memegang jawatan nombor satu negara itu.

"Kira-kira 30 orang menghadiri 'perjumpaan serta majlis buka puasa'. Beberapa penulis blog Umno seperti Big Dog dan beberapa orang lagi ada di sana. Orang PKR seperti Adlan Benan Omar dan Rafizi Ramli juga hadir. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk meneroka apa yang boleh dibuat supaya Tengku Razaleigh dapat mengambil alih sebagai perdana menteri."

[Baca berita penuh]

ADS