Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan DOS berakhir, khidmat penuh MKini esok
Diterbitkan:  Apr 18, 2011 1:59 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Semua perkhidmatan Malaysiakini akan kembali seperti sedia kala esok, selepas serangan berakhir semalam, sehari selepas pilihan raya negeri Sarawak.

NONE Sejak Selasa lalu, Malaysiakini terpaksa menutup laluan trafik antarabangsa bagi memastikan serangan DOS itu tidak dapat sampai ke pelayan (server) Malaysiakini demi membolehkan pembaca tempatan terus melayari laman web kami.

Namun pembaca tempatan yang menggunakan Blackberry juga terjejas kerana semua laluan trafik  telefon bimbit berkenaan adalah melalui pelayan antarabangsa.

"Kita sepatutnya dapat memulihkan semua perkhidmatan menjelang Selasa,” kata ketua pegawai operasi Malaysiakini Premesh Chandran.

"Namun cabaran sebenar adalah bagi memastikan serangan seumpama itu tidak lagi berulang. Kami jangkakan ini akan berlaku ketika kita menghampiri pilihan raya umum,” katanya.

NONE Pada pilihan raya umum 2008 pelayan domain Malaysiakini di Amerika Syarikat diserang bertalu-talu, bermula malam pilihan raya apabila keputusan semakin mencurah. Domain Malaysiakini tidak dapat dilayari pada jam 11 malam 8 Mac itu.

Kali ini, laman web Malaysiakini diserang dengan membanjirkannya dengan jumlah traffik yang banyak sehingga menghalang orang ramai melayarnya.

Malaysiakini memindahkan pelayannya berulang kali sejak Selasa lalu tetapi setiap kali pelayan baru diwujudkan, ia juga terus diserang, termasuk pelayan baru di Amerika Syarikat. Akhirnya pada jam 8 malam hari yang sama, Malaysiakini mengambil keputusan menghalang semua trafik antarabangsa , sehingga serangan dihentikan.

Malaysiakini juga menerima pelbagai cadangan bagaimana untuk menangkis serangan pada masa depan. Antara cadangan termasuk menggunakan pelbagai kaedah firewall, menggunakan perkhidmatan ‘cloud’ Amazon, ‘hosting’ laman di pelayan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan menggunakan pelayan ‘proxy’ bagi ‘membersihkan’ trafik daripada sebarang ancaman dan sebagainya.

NONE "Kami akan cuba memilih yang terbaik. Kami perlu ingat bahawa Malaysiakini sekarang dilayari  2.3 juta pelawat unik setiap bulan, 80 peratus mereka adalah di Malaysia.  Ganguan kepada trans-Pacific Internet menjejaskan Malaysiakini, jika pelayan kami ditempatkan di US.

Kebanyakan syarikat internet Amerika mempunyai kehadiran di pelbagai lokasi, termasuk Singapura dan Hong Kong. Perkhidmatan ‘cloud’ pula boleh meyebabkan kandungan berita dilenggahkan dan juga amat mahal kerana Malaysiakini membekalkan lebih 1 terabyte data setiap hari. Memang ada penyelesaian, tetapi kami perlu mencari penyelesaian terbaik,” kata Premesh.

Sumbangan:

Malaysiakini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi menghulurkan sumbangan bagi membantu kami. Setakat empat hari lalu, kami telah berjaya mengumpulkan RM 15,000. Malaysiakini berharap dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM 50,000 bagi pelaburan dalam teknologi baru.

ADS