Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno cawangan Kg Mutiara yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya di sebuah kedai kopi di Pulau Pinang semalam dengan kehadiran 22 daripada 357 anggotanya membidas kepimpinan negeri kerana mengabaikan ahli-ahlinya serta melayan mereka sebagai “anak tiri”.

NONE Ketua cawangan itu, Rose Akhmar Ahmed dalam ucapannya penangguhannya berkata beliau kecewa dengan cara ahli parti dilayan sejak 2008. Dakwanya, cawangan itu juga tidak dijemput menghadiri sebarang program dan aktiviti anjuran Umno sejak tahun berkenaan.

Katanya pemimpin Umno cawangan Kg Mutiara termasuk dirinya tidak juga diumaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang baru-baru ini, termasuk berucap kepada orang ramai di Balik Pulau.

"Kami rasa terpinggir dan tidak dihargai; tiada sesiapa yang menghubungi kami atau minta membincangkan isu dengan kami, walaupun kami telah menulis beberapa pucuk surat kepada mereka dan membuat salinan kepada perdana menteri,” kata Rose Akhmar.

"Jika pun mereka terlalu sibuk untuk baca surat-surat itu, mereka boleh serahkan tugas tersebut kepada pegawai-pegawai... kenapa tidak hiraukan kami seperti ini?” katanaya.

NONE Ditanya sama ada beliau menyedari sebab tertentu ahli cawangan berkenaan dilayan sedemikian, Rose Akhmar berkata kemungkinannya adalah kerana beliau agak krtikal terhadap bekas ketua bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail ( atas, berbaju merah ). Cawangan Kg Mutiara terletak di bahagian itu.

Rose Akhmar menjadi tumpuan pada Ogos lalu apabila beliau membuat laporan polis di Butterworth mendakwa kepimpinan Umno Pulau Pinang gagal memaklumkan ahlinya mengenai AGM bahagian Bukit Bendera.

[Baca berita penuh]

ADS