Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ia satu pemandangan yang indah ketika memandu dari Kuantan melewati kawasan perindustrian Gebeng, yang terletak sekitar 25km di timur laut ibu ibunegeri Pahang.

NONE Tempat peranginan serta kawasan industri itu terletak di antara perkampungan Melayu yang membariskan kawasan pantai, dengan

penduduknya sibuk dengan urusan masing-masing - berniaga, membaiki kereta, menunggang motosikal, dan menikmati kopi di gerai di situ.

“Ini adalah sebahagian daripada kawasan pelancongan di kawasan peranginan Cherating,” dikatakan Jonathan Wong, yang mengendalikan sebuah syarikat pengiklan di Kuantan.

Langit biru dan udara segar di pantai sepanjang Balok mengundang pengunjungnya itu berehat, tetapi bagi Wong, rakyat Pahang tidak mampu berbuat demikian, sehinggalah mereka dapat menghentikan apa yang menurutnya, bakal menjejaskan kesihatan manusia.

Wong adalah antara anggota sekumpulan kecil, tetapi kini semakin membesar, penduduk tempatan yang bergabung tenaga untuk cuba menghalang syarikat perlombongan, Lynas, daripada membina loji nadir bumi (rare earth) di Gebeng.

NONE 'Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia'  ditubuhkan hanya beberapa minggu lepas - dalam bulan Mac - di tengah-tengah rasa takut menular terhadap keracunan radiasi dari operasi loji tersebut, yang didakwa penentangnya, bakal menjadi kenyataan.

Syarikat itu telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan menjangka projek itu akan disiapkan pada bulan September.

Syarikat itu telah memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut akan mengeluarkan 'pendedahan radiasi sifar', dan memisahkan syarikat itu daripada kontroversi Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992.

Pada laman Facebooknya, Lynas menegaskan yang bahan mentah yang akan diproses di Lamp - yang dibawa dari kawasan perlombongan Mount Weld di Australia Barat - 'mempunyai paras rendah semula jadi torium yang 50 kali lebih rendah daripada amang timah yang diguna oleh Asia Rare Earth'.

Ramai penduduk tempatan tidak yakin dengan jaminan Lynas itu, dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut.

NONE Pekerja pelabuhan Kuantan,  Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3km dari tapak Lamp, berkata syarikat tersebut membawa bahan mentahnya dari Australia hanya untuk diproses di situ.

“Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut... Ada yang tak kena...," tambahnya.

Saufi, bapa kepada enam orang anak, mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5km dari loji Lynas.

“Bila anda sebut 'radioaktif', penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang,” katanya.

NONE Saufi berkata dia dia telah menghadiri satu ceramah di mana penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan penduduk yang masih lagi mengalami keracunan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.

Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana dekat situ, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan dekat tempat tinggalnya telah menjunam.

[Baca berita penuh]

ADS