Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian: Lesen Lynas hanya untuk bina kilang
Diterbitkan:  Apr 20, 2011 9:00 PM
Dikemaskini: 11:28 PM

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan, kepada Lynas (M) Sdn Bhd (Lynas) hanya untuk tujuan mendirikan kilang di Gebeng, Pahang

Lesen penempatan tapak dan pembinaan itu bagi tempoh sah bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011

"Lesen tersebut dikeluarkan memandangkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Lynas adalah selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar," kata timbalan menterinya, Datuk Fadillah Yusof.

    

"Seterusnya penilaian lebih ketat akan dijalankan bagi pengeluaran lesen pengendalian untuk memastikan sisa yang dihasilkan kelak akan diuruskan dengan baik dan selamat, di samping memenuhi kriteria asal kertas cadangan yang telah dikemukakan.

    

"Lesen pengeluaran penuh pula tidak akan dikeluarkan jika pihak Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah di Dewan Negara hari ini.

Mohammed Najeeb ingin tahu sekiranya kementerian berkenaan berhasrat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada Lynasuntuk membina kilang 'rare earth' di Gebeng, Pahang.

Sehubungan itu, katanya, aktiviti yang dijalankan kilang pemprosesan nadir bumi adalah selamat dan tidak membahayakan manusia kerana tahap keradioaktifannya adalah jauh lebih rendah daripada loji janakuasa nuklear, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Katanya, loji janakuasa nuklear bertujuan menghasilkan kuasa elektrik dari bahan nuklear, sementara kilang pemprosesan nadir bumi bertujuan menghasilkan bahan logam jarang ditemui daripada sumber galian yang turut mengandungi bahan galian radioaktif semula jadi.

    

"Oleh itu, tahap keradioaktifan hasil sampingan dari kilang pemprosesan nadir bumi adalah jauh lebih rendah dan lebih kecil dari segi kuantiti serta keradioaktifannya, berbanding dengan hasil sampingan dari loji-loji janakuasa nuklear," katanya menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah di Dewan Negara hari ini.

   

Fadillah berkata kementerian itu menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan bagi tempoh sah bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011 kepada Lynas hanya untuk tujuan mendirikan kilang.

    

"Lesen tersebut dikeluarkan memandangkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Lynas adalah selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar.

    

"Seterusnya penilaian lebih ketat akan dijalankan bagi pengeluaran lesen pengendalian untuk memastikan sisa yang dihasilkan kelak akan diuruskan dengan baik dan selamat, di samping memenuhi kriteria asal kertas cadangan yang telah dikemukakan.

    

"Lesen pengeluaran penuh pula tidak akan dikeluarkan jika pihak Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya.

    

Beliau berkata dengan proses nadir bumi, logam yang jarang ditemui dan amat diperlukan dalam bidang berteknologi tinggi itu mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, selain membolehkan bahan galian radioaktif semulajadi dipekatkan supaya lebih mudah diurus serta diasingkan daripada persekitaran alam untuk kesejahteraan manusia.

    

"Bahan logam yang dihasilkan melalui proses itu juga dianggap sebagai bahan strategik, terutama oleh negara-negara maju kerana ia sangat penting dalam penghasilan sistem teknologi tinggi," katanya.

    

Fadillah berkata kerajaan melalui Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) masih mengkaji keperluan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan tenaga elektrik khususnya di Semenanjung Malaysia.

    

"Setelah kajian dibuat secara keseluruhan dari segi saintifik, teknologi dan sosio ekonomi, maka ia akan dibawa ke Kabinet. Sekarang ini lebih kepada di peringkat kajian dan bukannya di peringkat membuat keputusan kerana dunia luar turut memberi perhatian dan melakukan kajian terhadap nuklear," katanya.

- Bernama

ADS