Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tidak seharusnya sebab kekalahan calon PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak dibebankan kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

NONE Sebaliknya kata Mustafa, PAS bekerja secara kolektif dalam pilihan raya kecil termasuk pilihan raya negeri itu.

"Semalam, (mursyidul am) Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) memberi komen tidak boleh nak diukur kegagalan atau kejayaan dalam pilihan raya. Kalau nak ukur, saya rasa, kita banyak berjaya daripada gagal.

"Tidak seharusnya dibebankan (kepada Abdul Hadi). Beban kita semua. Kita tidak boleh kata pengarah pilihan raya (PAS) salah ke, (yang) ini salah ke?

"Kita bekerja secara kolektif. PAS tidak meletakkan beban (kekalahan) kepada seseorang," katanya

Mustafa menjawab soalan pemberita berhubung kekalahan parti dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu.

Hadi satu liabiliti?

NONE Dalam pilihan raya tersebut, PAS bertanding lima kerusi - Tanjong Datu, Sebuyau, Beting Maro, Sadong Jaya dan Muara Tuang.

Mustafa bagaimanapun enggan mengulas komen pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Aziz Bari yang dilapor berkata presiden PAS itu menjadi liabiliti kepada parti berkenaan.

Prof Dr Aziz dilaporkan berkata ia kerana Abdul Hadi gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Pensyarah UIA itu dilaporkan berkata, ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh kepada kerajaan BN semula dan mendakwa, Hadi juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah.

september 16 political party jump Sementara itu, Mustafa berkata, ada jua komen yang disiarkan dalam akhbar yang memberi pandangan positif terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

"Saya rasa, saya berkecuali...Tak payah komen perkara ini," katanya.

Mengulas tanggapan bahawa sokongan Melayu kepada PAS terhakis ekoran kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini, Mustafa berkata, beberapa kerusi tersebut - Tenang, Merlimau atau Kerdau - adalah merupakan kubu kuat Umno.

"Dia (Umno) merampas kerusi kita di Galas, kita menang pun tak besar, tetapi tradisinya, itu kubu kuat Umno. (Jadi) ia bukan satu gambaran (sokongan) Melayu terhakis (kepada PAS)," katanya.

ADS