Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Wakil media ada pas khas dibenar masuk
Diterbitkan:  Apr 22, 2011 6:05 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa wakil media yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan SPR dan Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan) dibenar memasuki sesuatu premis pilihan raya termasuk pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat penjumlahan rasmi undi.

    

NONE Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata bagaimanapun hanya jurugambar dibenar masuk ke dalam pusat penamaan calon dan pengundian dalam tempoh tertentu untuk mengambil gambar proses berkenaan.

    

"Untuk makluman, dua jenis pas khas dikeluarkan SPR kepada wakil media iaitu pas wartawan/pemberita dan pas jurugambar," katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Kenyatan itu dikeluarkan bagi menjelaskan dakwaan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) bahawa berlaku layanan buruk SPR terhadap wartawan semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini.

    

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1 Sabri berkata jurugambar bagaimanapun tidak dibenar memasuki tempat mengundi dan tidak boleh berada atau berlegar dalam kawasan pengundian sepanjang masa manakala wartawan tidak dibenarkan sama sekali berada dalam kawasan jarak 50 meter dari pusat pengundian.

    

Beliau berkata semasa pengiraan undi pula, hanya wartawan dan jurugambar yang memiliki pas khas dibenar masuk ke pusat penjumlahan undi dan berada di tempat yang disediakan.

    

SPR mengalu-alukan cadangan berhubung perkara yang dibangkitkan demi penglibatan media yang lebih berkesan sepanjang proses pilihan raya, katanya.

FSJA mendakwa menerima beberapa aduan daripada anggotanya di Sibu, Miri dan Bintulu bahawa pas yang dikeluarkan oleh SPR tidak diterima oleh pegawai SPR di premis berkenaan.

- Bernama

ADS