Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Larangan jual nasi lemak setiap hari tak muktamad'
Diterbitkan:  Apr 26, 2011 7:12 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah).

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin. Ia  (isu) tidak begitu susah (diselesaikan), (makanan) yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara kita tidak perlu halang (penjualannya),"  katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas langkah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mendesak kerajaan menarik balik peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana ia memberi impak negatif kepada pengusaha kantin dan peniaga nasi lemak.

- Bernama

ADS