Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'gor peruntuk RM600,000 iklankan Selamatkan M'sia
Diterbitkan:  Apr 27, 2011 6:18 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Kerajaan negeri Selangor hari ini meluluskan peruntukan lebih RM600,000 untuk memasang sebanyak 56 papan iklan kempen ‘Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA’ di seluruh negeri itu.

NONE Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata papan iklan itu akan dipasang di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan.

Katanya, pemasangan papan iklan ini akan menggunakan peruntukkan dana akaun amanah penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan.

“Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011,” katanya pada wartawan di Shah Alam selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kerajaan negeri, hari ini.

Menurut Khalid lagi, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan itu akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.

“Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Khalid berkata pemasangan papan iklan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara.

 

ADS