Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reaksi dingin saranan pakar bedah jantung terajui SUPP

Saranan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan supaya ketua pusat jantung hospital besar Sarawak Prof Dr Sim Kui Hian mengambil alih jawatan presiden parti itu, mendapat reaksi dingin dari pemimpin lain parti tersebut

NONE Mereka sebaliknya mahu supaya ahli parti memutuskan siapa yang

bakal memegang jawatan presiden.

Ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong menjelaskan adalah lebih baik menyerahkannya kepada ahli untuk memilih siapakah pengganti Chan, yang mahu bersara apabila tamat tempohnya pada persidangan tiga tahun parti itu yang dijadualkan hujung tahun ini.

Sih, yang kalah kepada calon PKR, See Chee How di kerusi Batu Lintang dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, berkata persidangan

tersebut adalah tempat paling sesuai untuk menentukan presiden baru.

“Pada umumnya, saya percaya Dr Sim adalah seorang yang berkemampuan tinggi dan lebih daripada layak untuk mengambilalih jawatan tersebut, tetapi sekali lagi, biarlah proses parti yang sewajarnya, memutuskan jika kita mahu bercakap mengenai demokrasi.

NONE “Terpulang kepada para ahli untuk membuat pilihan mereka,” kata

Sih.

Bertanya sama ada Sim boleh diterima sebagai presiden parti memandangkan dia masih baru dalam parti itu, Sih berkata soalan seumpama itu adalah lebih baik dijawab oleh para perwakilan.

“Janganlah kita membuat spekulasi atau andaian apa akan berlaku. Kita tidak boleh lari dari hak asasi ahli-ahli parti,” katanya.

Naib presiden SUPP Lily Yong pula kata Chan (betul) berhak memberi pandangan peribadinya tentang penggantinya.

“Bagaimanapun, siapa yang akan memimpin parti itu bukan diputuskan oleh satu orang, tetapi oleh seluruh parti.

“Saya rasa kami sepatutnya berhenti membuat spekulasi. Perkara paling penting ialah untuk mengadakan satu lagi mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk menentukan tindakan kami berikutnya,” kata Yong.

[Baca berita penuh]

ADS