Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walaupun berjaya mengasak melalui mahkamah pada 2009, peguam Baru Bian yang juga pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak berpendapat cara tercepat bagi menyelesaikan isu tanah adat (NCR) melalui penukaran kerajaan.

NONE Beliau ( berbaju cerah tanpa kot ) yang sedang mengendalikan 100 kes NCR di mahkamah percaya masalah itu berpunca daripada daripada tindakan kerajaan Sarawak yang didakwanya terus memberikan konsesi tanah kepada syarikat swasta yang menceroboh tanah adat.

"Kita boleh bawa ke mahkamah tetapi ia memakan bertahun-tahun untuk keputusan akhir dibuat.

"Sampai masa itu, tanah sudah dibajak dan duit sudah masuk poket," kata Baru kepada 40 peserta yang hadir dalam "Sesi Teh Tarik" anjuran portal Malaysian Digest di Kuala Lumpur semalam.

"Walaupun kita (Pakatan Rakyat) gagal dalam pilihan raya negeri, kita masih boleh menang kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum nanti," kata ADUN baru Ba'kelalan itu.

Kes rujukan Nor ak Nyawai lawan Borneo Pulp Plantation Sdn, yang menyaksikan mahkamah tinggi mengenali tanah NCR sudah bermula sejak 1999 tetapi hanya pada tahun 2009 ia ditegaskan kembali dalam kes Madelli Salleh.

ADS