Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
225 anggota PAS Kuala Kedah sertai Umno
Diterbitkan:  May 1, 2011 1:54 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Seramai 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat Alor Setar semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar PAS kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan PAS mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin PAS tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu Umno Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota PAS.

--Bernama

ADS