Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amerika: Osama meninggal, terima kasih Pakistan
Diterbitkan:  May 2, 2011 1:12 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dibunuh pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat, kata Presiden Barack Obama.

"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.

iran protest election results obama reaction 260409 04 Menurut Obama, perisikan Amerika tahun lalu mendapat tahu bahawa Osama, yang merancang serangan pada 11 September 2011 berada di Pakistan.

"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.

Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

'Keadilan telah dilaksanakan'

Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".

sept 11 911 attack world trade centre new york  110906 "Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.

Bekas Presiden Amerika Syarikat George W Bush meminta Rumah Putih mengucapkan tahuan atas kematian itu, lapor CNN.

Bekas Presiden  Bill Clinton pula menggelarkan perkara itu sebagai "sangat penting, bukan untuk keluarga mangsa serangan 11 September dan serangan lain al-Qaeda, tetapi untuk seluruh dunia yang mahu bersama-sama membina masa depan yang aman, bebas dan sesuai untuk anak-anak."

Rakyat Amerika kini mula berkumpul depan Rumah Putih sambil mengebarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

Senat negara itu sebelum ini menawarkan hadiah RM50 juta untuk nyawa Osama. Ia direstui oleh Bush sebagai presiden pada masa itu.

- dpa

ADS