Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Loji nadir bumi: Panel IAEA akan nasihatkan M'sia
Diterbitkan:  May 4, 2011 3:27 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan membentuk sebuah panel pakar untuk menasihati kerajaan Malaysia berhubung potensi risiko kebocoran radiasi di loji perlombongan nadir bumi  yang bakal didirikan oleh syarikat Australia, Lynas Corporation.

NONE Menurut Reuters , kerajaan Malaysia meminta nasihat IAEA bagi menilai tahap radiasi dan keselamatan projek yang mendapat bantahan orang ramai.

Panel IAEA berkenaan akan berangkat ke Malaysia selewat-lewatnya 29 Mei ini.

"Menerusi Program Kerjasama Teknikal IAEA, agensi ini akan menyokong dan membiayai sepasukan pakar antarabangsa untuk menilai projek Lynas agar selari dengan Standard Keselamatan Antarabangsa dan cara pengrususan yang baik," kata IAEA dalam satu kenyataan semalam.

NONE Projek Lynas mendapat kritikan rakyat dan aktivis alam sekitar yang mendakwa pusat itu akan menjadikan Malaysia tempat buangan bahan radioaktif dan memberi risiko kesihatan kepada manusia dan alam sekitar.

Bulan lalu, Lynas menyatakan penilaian sebulan mereka tidak akan melewatkan persiapan loji itu.

Bernama melaporkan Menteri Perdanganan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed menyatakan panel bebas akan dibentuk untuk menilai tahap keselamatan di Lynas kemungkinan melewatkan perjalanan loji tersebut.

Loji di Malaysia sepatutnya memproses nadir bumi yang di lombong syarikat berkenaan, di Mount Weld, Australia Barat.

NONE Nadir bumi  merupakan komponen penting dalam pengeluaran barangan berteknologi tinggi seperti kabel gentian optik, telefon pintar dan kenderaan elektrik.

Pegawai Lynas sebelum ini menyatakan pengeluaran tahunan nadir bumi di Malaysia akan mencecah 22 ribu tan setahun menjelang 2013, satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran di luar pengeluar terbesar iaitu, China.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS