Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ke udara di Hot FM Jumaat ini
Diterbitkan:  May 4, 2011 5:11 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda akan ke udara di rangkaian radio Hot FM rJumaat ini.

NONE "Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana meminta saya berbuat demikian,” katanya di laman Twitter.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana sebelum ini menjemput Najib ke rancangan itu dalam apa yang disifatkannya sebagai ‘idea gila’.

Fara kemudiannya menulis di Twitter, "Terbaik. Dapat berita baik. Idea gila saya nak ajak PM datang Hot FM menjadi."

Fara baru-baru memenangi anugerah DJ Radio Wanita Paling Popular.

Hot FM ke udara pada frekuensi 97.6.

[Baca berita penuh]

ADS