Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis belum dapat kesan 'Sultan Sulu'
Diterbitkan:  May 5, 2011 4:08 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya "Sultan Sulu" belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan beliau untuk mendapatkan keterangan.

NONE Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

"Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis ke-204 di Kota Kinabalu hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata, polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara ASEAN.

Katanya, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.

NONE Khalid pula berkata, lebih daripada 7,000 anggota polis sudah dikeluarkan daripada tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.

Katanya, ia adalah usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas awam diambil alih oleh pegawai awam.

"Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, yang mana pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan," katanya.

 - Bernama

ADS