Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ibarat retak menanti belah, itulah keadaan yang boleh digambarkan kepada keadaan Pakatan Rakyat di Sarawak.

NONE Kesan-kesan retak mula terserlah apabila PKR Sarawak hari ini menolak kabinet bayangan yang diumumkan oleh pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng pada Ahad lalu.

Menurut ketua PKR Sarawak Baru Bian ( kiri ) tindakan berkenaan diambil kerana tidak ada rundingan diadakan di kalangan anggota Pakatan Rakyat apabila senarai itu dibuat.

“Kami memutuskan untuk tidak menerimanya,” kata Baru.

Menurut Baru, Majlis Pakatan perlu membincangkan senarai kabinet bayangan itu agar ia mencerminkan perwakilan yang seimbang di kalangan golongan Islam dan kumpulan bumiputera bukan Islam.

“Justeru, adalah bijaksana bagi menangani ketidak-seimbangan itu dan mengkajinya semula pada mesyuarat Majlis Pakatan yang akan datang,” katanya.

azlan Dua hari lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata senarai kabinet bayangan itu belum dimuktamadkan dan ia hanya pada peringkat cadangan.

Tetapi Wong yang merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sarawak mempertahankan kabinet bayangannya itu dan berkata ia adalah senarai muktamad.

[Baca berita penuh]

ADS