Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendaftaran HRP: Uthaya dibenar cabar ROS, KDN
Diterbitkan:  May 6, 2011 12:09 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Peguam P Uthayakumar berjaya dalam percubaan permulaan untuk memaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dua yang lain bagi memberikan keputusan mengenai permohonannya bagi mendaftar Parti Hak Asasi Manusia (HRP) sebagai sebuah parti politik.

Hakim Datuk Rohana Yusuf yang membenarkan permohonan itu dalam kamarnya juga bersetuju supaya mahkamah pada 16 Ogos nanti mendengar merit semakan kehakiman bagi pihak defenden meluluskan dan mendaftar HRP sebagai sebuah parti politik.

Uthayakumar berkata pihak responden selain ROS, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Dalam Negeri mesti menjawab dalam tempoh 14 hari dari hari ini berhubung permohonannya pada 25 November lalu bagi mendaftarkan parti berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS