Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menara kabel TNB: Perunding Australia tarik diri

Sebuah firma perunding dari Australia yang dipertanggungjawab membekalkan laporan bebas kepada kerajaan negeri Selangor berhubung projek pembinaan menara kabel bervoltan tinggi oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kampung baru Rawang telah menarik diri.

NONE Menurut ADUN Rawang, Gan Pei Nee ( kanan ) firma yang sepatutnya memulakan tugas itu pada akhir bulan April lalu -  menjelaskan mereka diberi tekanan politik supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Syarikat itu menelefon wakil kerajaan negeri Selangor dan beritahu tidak tahan ditekan,” kata Gan pada sidang akhbar di Rawang hari ini.

Sebelum ini, telah berulang kali penduduk sekitar yang melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir pembinaan menara berkenaan akan menjejaskan kesihatan mereka dan sekali gus juga menyebabkan kampung itu terbahagi dua mengadakan tunjuk perasaan dan bertempur dengan polis.

NONE Kes berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka laksanakan.

Menurut Gan beliau percaya kerajaan Malaysia mengenakan tekanan melalui kerajaan Australia.

“Syarikat ini adalah syarikat kabel yang telah beroperasi sepuluh tahun. Mereka cuma hantar emel mengatakan tidak mahu meneruskan kerja dan beritahu mereka tidak akn datang ke Malaysia.

NONE “Tetapi dalam emel, tidak diberikan sebarang alasan. Namun melalui panggilan telefon baru mereka beritahu ada tekanan (politik),” katanya.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek itu akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

[Baca berita penuh]

ADS