Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan NGO hari ini menyuarakan kutukan ke atas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan bahawa dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seorang wakil NGO berkenaan, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan Najib itu tidak mewakili sentimen sebenar masyarakat Islam di negara ini.

NONE "Kita kesal ada pemimpin yang sanggup buat kenyataan yang tidak mewakili orang Islam di sini. Kita mengutuk kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara kita sendiri.

"Kematian Osama bagi kita adalah syahid dan itu adalah simbol perjuangan menentang kezaliman Amerika," kata Mohd Azmi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama.

Beliau turut menyatakan kebimbangan bahawa AS akan "membayar harga yang mahal" atas tindakan yang dilakukan ke atas pemimpin Al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas itu.

"Setelah dia membunuh dengan cara itu, akan ada tindak balas daripada orang yang telah bertekad untuk membalas dendam.

"Seluruh pentadbiran Obama sudah tahu bahawa mereka terpaksa bersiap untuk (menghadapi) kebarangkalian tindak balas yang lebih berani daripada orang yang simpati dengan Obama," katanya lagi.

NONE Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu berkata, notis bantahan itu diserahkan kepada setiausaha kanan kedutaan berkenaan, Greg Chapman petang ini.

Notis bantahan berkenaan mewakili suara daripada 21 buah NGO termasuk Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia dan Muslimat PAS.

"Kita nyatakan kutukan keras terhadap pembunuhan (Osama) yang diarahkan presiden Barack Obama kerana ia merupakan operasi tidak bertamadun dan sangat terkutuk kerana tentera Amerika masuk ke bumi negara berdaulat tanpa berunding dan tanpa kebenaran.

"Mereka melakukan pencerobohan untuk membunuh. Kalau ini dilakukan di AS, adakah ini dibenarkan?," soalnya.

osama bin laden dead hide out in pakistan 1 Beliau turut membangkitkan tindakan AS yang didakwa melakukan penghinaan ke atas Osama dan juga kepada umat Islam dengan "membuang jenazahnya ke laut."

Difahamkan, seramai kira-kira 30 orang daripada wakil pertubuhan berkenaan turut berdemonstrasi secara aman di hadapan kedutaan berkenaan pada petang ini.

Allahyarham Osama yang hidup dalam buruan AS sejak sekian lama, dilaporkan terbunuh dalam satu operasi serangan yang dijalankan anggota risikan negara berkenaan pada Ahad lalu di Pakistan.

ADS